When should you consider having a family(planning)

by - July 23, 2017



Good day folks! Hari ni saya nak menulis dalam Manglish sebab topik ni agak berat jadi saya perlu tulis dalam bahasa dan gaya yang paling mudah untuk difahami memandangkan most of my readers are Malaysians. So, certain things are better said in BM. 

***
Sebelum saya pergi jauh, saya nak tekankan di sini yang topik ini ditujukan terutamanya kepada lelaki dan wanita berusia 30 tahun dan ke bawah, tak kisahlah marital status anda bujang, berkahwin atau bercerai. Sebab ulasan saya berkisarkan tentang kehidupan dan kematangan kita yang below 30 ni. If you have different opinions about this subject matter then that's totally fine because we all have the room to make choices and I'm only saying this from my personal readings and experience, sharing from friends and consultation from the professionals. 

***

I really want to touch on family planning for the past few years but I didn't have the courage because this is quite a sensitive topic especially to the ones who have been waiting for babies. So I have to make it clear that the idea of family planning that I'm discussing here is the TEMPORARY ones ya, not the permanent contraception. Because I know, being below 30, one has at least 10 more years to try to conceive. 

***

So let's dive straight in. When should you start opening up about having babies? I'd say even during courtship/engagement. Sebab perkara ini akan menentukan hala tuju rumah tangga anda the moment habis saja majlis persandingan nanti. Kalau anda rasa tak ready nak ada anak sebab travel jauh ke tempat kerja, sebab long distance relationship, sebab rasa mentally not prepared atau apa-apa saja sebab, utarakan topik ini pada pasangan anda dan bincang elok-elok. Memang MALU nak buka topik ni, but please y'all, today's culture has changed, men and women have equal rights and space to speak up. Kita sebagai wanita, tak perlu "terlalu follow" atau "go with the flow" dan mengharap bakal suami yang tentukan segala aspek tentang future marriage kita. No. Sebab rumah tangga adalah team work suami isteri, jadi kita sama-sama ada ruang untuk bersuara dan berbincang. Oh come on, you don't have to be a feminist to practise this basic right in marriage. 

Daripada suara masing-masing inilah, kita akan consider each other's readiness to bear a child at theis veryyy early stage of marriage. 

***
Personally, saya sangat menyokong supaya kawan-kawan tangguhkan dahulu conception at least for the first 6-12 months of marriage. Sebab?  Kita nak adapt dengan rutin baru. Contohnya:

a) Dulu ofis belakang rumah saja, bangun 8.30am pun sempat lagi sampai ofis sebelum 9am. Tapi lepas kahwin, anda kena travel 1 jam untuk ke pejabat sebab anda adalah isteri cerdik dan solehah yang sangggup berpindah rumah untuk duduk sebumbung dengan suami yang ofis dia 30 minit saja dari rumah dia. Jadi anda perlukan masa untuk sesuaikan diri dengan perubahan jadual ni. Not having to care for a baby at this stage of life would make it a lot easier 

b) Dulu duduk rumah sendiri, atau rumah parents sendiri. Jadi slumber je nak tido terbongkang depan TV, makan depan TV. Tapi lepas kahwin anda duduk di rumah mertua sebab anda kan isteri cerdik yang solehah penyejuk mata suami jadi ikut sajalah di mana suami nak duduk. Jadi, anda perlukan ruang PRIVACY untuk diri sendiri dan masa untuk adapt dengan culture rumah mertua anda. Contohnya, anda jenis makan depan TV buat hal sendiri, but that's not the case in your PIL's house (parents-in-law). Isu ni nampak macam kecil, tapi ia memang boleh buat isteri rasa depressed atau bergaduh dengan suami kerana isteri rasa tak bebas di rumah. Not having to care for a baby with such "limited space" would make it a lot easier for you and your marriage. Biasanya pasangan muda yang mempunyai ibu bapa yang masih sihat, akan memilih untuk berpindah keluar tak lama selepas duduk sebumbung (sebab masa tu baru tahu tinggi rendah langit bila menantu duduk sama dengan mertua), jadi pada tahap ini, mungkin bolehlah anda consider to conceive. 

c) Kalau anda ni memang jenis pemalas, kain baju 2 minggu duk bertimbun. Atau anda bukanlah seorang yang suka menjaga/bermain dengan baby, sedar-sedarlah sis. You need extra time to adapt to marriage and let alone having a baby. Anda layak untuk memiliki anak sendiri, tapi kalau anda dah memang kenal "perangai" anda, just give yourself a little more time to settle in before you commit to this life-long job. 

***

Now that you have read the first part, mungkin ada yang terfikir untuk buat family planning, sebab dia tak ready lagi nak ada anak, atau anak-anak dia dah berderet jadi dia nak berehat sebentar daripada mengandung dan melahirkan. Cumanya, dia ada kerisauan tentang contraceptive methods seperti di bawah :

a) "Eh jangan duk planning-planning lah. Ada sorang tu, masa mula-mula kawhin duk sibuk nak planning sekali bila dia nak anak terus tak dapat baby. sampai sekarang takde baby. Ha, kau nak jadi macam tu?" 

Oh come on. Rezeki anak ni, Allah dah tetapka sejak azali lagi. Bila dan berapa anak kita, semuanya Allah dah siap tulis. Jadi, kita planning atau tak, kalau Allah dah kata anak kita 10 orang, then 10 orang. Plus, taking contraceptive methods do not interfere with our long-term fertility. Ni pakar O&G yang cakap. Bukan saya. In fact, you can always seek advices from Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, or O&G from private hospitals. Go and put some effort. 

b) "Saya takutlah nak pakai apa-apa. Salah satunya sebab nanti ada dadah dalam badan saya, continuously" 

Memang sesetangah alat pencegah kehamilan seperti pil dan implanon merembiskan hormon (progesterone) yang mencegah ovulation. Cuma, kita perlu faham yang ia adalah synthetic hormone yang dibenarkan untuk sesuatu tempoh (eg: 3 tahun sahaja, lepas tu wajib tanggalkan implanon tu at least selama 6 bulan sebab kalau tau, ia memudaratkan badan kita).  

Ada juga yang takut nak ambil hormone-based contraceptive method sebab takut ia menyebabkan cancer. Yang ni saya malas nak explain lebih sebab saya bukan pakar. You can always opt for other methods yang not homone-based or seek advice from Doctors and O&G. 

c) "Eh tak berdosa ke buat family planning?" 

Hukum family planning untuk menjarakkan kehamilan adalah harus. Zaman Rasulullah s.a.w dulu ada method yang disebut dalam hadith, early withdrawal. Basically sebab zaman baginda mana ada pills, iucd, implanon etc tu kan. Anda boleh google website dan citation dari JAKIM. Plus, we are talking about menjarakkan kehamilan. Bukan tak nak anak langsung dah because that is another different topic. You see, when you do proper research (instead of jumping straight into the conclusion) you'll make informed decision and you'll be firm with your choice. 

On a second thought, takpelah meh saya share petikan dan link dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk memudahkan urusan anda (CLICK HERE)

"Persidangan Majma’ al-Fiqh al-Islami di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Kuwait pada 1-6 Jamadilakhir 1409 H bersamaan 15 Disember 1988 M telah memutuskan, antara lain:
  1. Haramnya menghilangkan kemampuan reproduksi daripada lelaki atau pun wanita, seperti apa yang dikenali dengan pemandulan. Pengecualian diberikan dalam kes-kes darurat yang perlu ditimbang dengan kayu ukur yang Syarie.
  2. Dibolehkan untuk mengawal secara sementara kemampuan reproduksi dengan tujuan menjarakkan antara tempoh-tempoh kehamilan, atau menghentikan bagi tempoh tertentu, jika terdapat keperluan yang diambil kira oleh Syarak, berdasarkan persetujuan dan keredaan daripada perbincangan (see, equal rights to speak up) antara kedua pasangan yang sah, dengan syarat kaedah kawalan untuk tidak mendatangkan mudarat, berdasarkan kaedah yang tepat dengan syariat, dan tidak menzalimi kandungan yang sedia ada.
Rujuk Majallah al-Majma’ Siri 4 (1/73)."


*** 

Okaylah lepas dah baca petikan ni, mungkin anda lebih yakin untuk buat family planning, tapi anda tak tahu macam mana. Nah, saya berikan lagi link dari National Health Service (England) yang macam ala-ala KKM di Malaysia: WHAT IS CONTRACEPTION (CLICK HERE) 

"The 15 methods of contraception

Don't be put off if the first type you use isn't quite right – you can try another. Read about the different methods of contraception:
*** 

Tujuan saya post ni ada beberapa sebab 

1) Saya sendiri melalui perubahan hidup yang banyak dalam tempoh masa yang sikit. Gave birth to one kid after another, if you have been following my blog you would understand better about my story. Jadi saya rasa terpanggil untuk bersuara secara aman, dan berkongsi dengan kawan-kawan tentang family planning. You see, having babies isn't just about chasing your age.

"Eh sekarang dah 27, kalau takda anak sekarang bila pulak nak ada anak? Kita ni makin lama, makin tua". 

Being parents is more that "mengejar usia". In fact, being parents is about holding HUGE responsibilities dunia dan akhirat. It takes HUGE SACRIFICES as little as sleepless nights and letting go some of your dreams. So if you would want to have a halal relationship with your partner but you are not ready YET to conceive, then that's okay. Bernikahlah, halalkan hubungan itu dan pelan-pelan kayuh untuk membina keluarga. Anak bukanlah the main purpose of marriage, sebab habis tu untuk couples yang belum dikurniakan anak, diorang tak meet the purpose ke? Bukan begitu kan. 

2) Saya melihat dan mendengar pengalaman ramai kawan yandg ada anak-anak ni, memang penat dan terkejar sana-sini urusan setiap hari. Pulak tu, bersalin setiap tahun, tup tup ada depression. You see, anak memang rezeki, tapi anak juga memerlukan perancangan rapi. Jadi, please consider family planning. There are15 ways of contraception already mentioned above. 

***

Sebagai penutup saya nak ulang sekali lagi, ini adalah pendapat, pengalaman, dan perkongsian dari saya. Kalau anda ada pendapat yang berbeza, tak mengapa dan anda tak salah. Dan yang penting, tak perlu kecam mengecam kerana ini adalah perkongsian ilmu sebab apparently budaya timur kita ni jarang nak bukak pasal topik ni. Hal dalam kelambu katanya , HARAMMMM untuk berborak. Oh please, ni basic knowledge in marriage. Tak ada sapa nak bercakap tentang hal-hal personal tu. 

Saya juga nak minta maaf kepada pembaca yang masih menantikan kehadiran cahaya mata. Maaf kalau post ni buat anda berkecil hati dalam  apa-apa cara sekalipun. Saya mendoakan supaya anda terus bersabar dan tabah dalam menghadapi ujian hidup. Hey, maybe you could be a blogger who speaks on behalf your people? Give them support because you go through the same struggles? 

Punyalah saya cuak dengan topik ni, saya dah minta kawan-kawan saya, yang jatuh dalam kategori berbeza, untuk review penulisan ini dulu sebelum saya kongsikan dengan anda semua. Sebab saya nak menjaga hati banyak pihak. 

Therefore, this particular post has been reviewed by my friends aged below 30, who are: 

1. Still waiting for a baby
2. On family planning in the first two years of marriage, then gave birth to two babies in two consecutive years, and are now back in family planning
3. Gave birth to two kids in the first 3 years of marriage now on contraception (very similar to my case)
4. Single and available. Hehehe

*** 
Okay semoga membantu. Kalau ada yang dah "berkawan" dan bertunang tu, bolehlah mula discuss tentang membina keluarga secara serious. Kalau yang baru kahwin tu, lebih senang untuk berbincang secara terbuka dengan suami/isteri anda. Kalau ada pasangan yang rezeki anaknya dapat berderet, selang satu setiap tahun tu, mungkin boleh berfikir untuk rehat sekejap , because your body, mind and emotion are tired

You May Also Like

0 comments